1. Bile hp munb si Dia brubah or guna 2 number tanpe bgtau korg. Korg dapat tau dpd kwn2 die.
2. Dia tak lagi cari korg. Kalau dulu
setiap kali ada waktu free, dia slalu cari waktu berduaan
dengan org, sekarang si dia lebih suka menghabiskan waktu terluangnya
dengan orang lain atau teman-temannya.
3. Dia pindah rumah … tanpa memberitahu kamu
Alasannya, ‘lupa’. Hmmm, ini kamu harus tanya, “Lupa atau buat lupa ?”
Ini tanda yang cukup berat, bererti si dia tak mahu berurusan lagi
dengan kamu.
4. Bersikap Tidak Peduli Lagi. Tiba-tiba saja
si dia tak peduli lagi, kalau kamu merajuk serta tak menaruh perhatian
terhadap apa yang kamu (tidak) sukai, dan apa pun yang kamu lakukan.
Pendeknya, kamu kamu mahu berontak pun, dia tetap tak peduli.
5. Foto kamu hilang.Foto
kamu yang selalunya berada didompet, di meja belajar/kerja, atau
dikamarnya sudah tiada lagi Ah, kalaubegini, foto kamu tidak bererti
apa-apa lagi, selain nostalgia di dalam laci atau di kotak kasut.
6. Dia lebih senang keluar bersama teman-temannya.
Ciri-ciri ini sudah sangat jelas , mana ada kekasih yang lebih suka
menghabiskan waktu dengan teman-temannya sendiri berbanding dengan buah
hatinya? Sedarlah, kamu bukan lagi Nombor Satu dalam hidupnya.
7. Dia ‘lupa’ hari jadi kamu.
Dia tidak lagi ambil berat tentang hari-hari istimewamu. Malah hari
jadi kamu yang dulunya disambut dengan penuh istimewa tidak lagi dia
ingat. Itu tandanya dia sudah jemu atau bosan dengan kamu.
8. Dia banyak mendiamkan diri
Si Dia yang periang dan lucu tiba-tiba menjadi pendiam dan membosankan
ketika bersama kamu. Malah dia lebih suka menyendiri dan jarang
berkomunikasi dengan kamu walau melalui telefon. Kamu yang penat
menelefon dia tetapi dia tidak pernah mahu menelefon kamu lagi.
9. Dia sudah punya kekasih baru.
Mahu ditunggu apa lagi? Adakah kamu mahu dimadu? Lupakan saja dia dan
carilah orang lain yang lebih menghargai kamudan mencintai kamu.
10. Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir.
Kalau hubungan ini secara jelas disebut SUDAH BERAKHIR oleh kekasih
kamu, ertinya memang sudah berakhir. Si Dia terang-terangan menunjukkan
minatnya terhadap kamu sudah tidak bererti apa-apa. Lebih baik BERUNDUR
dari terus merayu agar hubungan itu diteruskan.
11. Si dia selalu berkasar jika bercakap dengan anda
- percakapan yng selalu menyebabkan pergaduhan atau percakapan yng
menyindir peribadi kita sedangkan sebelum nie percakapanya bagai lembut
gigi dari lidah....
No comments:
Post a Comment